Ahad, 7 Februari 2010

hari praktikum

18 Januari,
saat yang penting dalam hidupku
setelah hampir 4 abad aku di UPSi
berbekalkan segala ilmu
aku melangkah ke alam
yang baru
lubuk carian ilmu
dengan himpunan segala buku-buku

18 Januari
hari dihitung saat dicantum
ku bawa diriku
memasuki lorong pencarian
mendekati si baju putih, biru
merapati tokoh di SMKD
cemerlang, gemilang dan terbilang

18 Januari
kejauhan tidak melunturkan
semangat membaraku
kepada ratusan pelajar
yang putih dadanya
bagaikan kain yang akan dicorakkan
dengan pelbagai warna
pelbagai corak
pelbagai ragam dan bentuknya

18 Januari
kusematkan dadaku dengan semangat
memberikan pengalaman yang berguna
segala alat, edaran bahan ku gunakan
demi nama sebuah kefahaman.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...zura, jawab soalan berikut: be sporting~~~

Soalan 1 Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
Soalan 2 Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?..
Soalan 3 (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
Soalan 4 Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
Soalan 5 Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
Soalan 6 Apakah habbits anda?
Soalan 7 Apakah matlamat anda untuk tahun 2009 ni?
Soalan 8 Senaraikan 4 perkara yang anda akan lakukan selepas menjawab tag saya ni?
Soalan 9 Adakah anda seorang yang pemarah/pendendam / bengis? can cara anda mengatasinya
Soalan 10 : What happened to you in 2001 till 2004?

I'M TAGGING YOU...