Selasa, 11 November 2008






Pada 24 Oktober hingga 27 Oktober 2008 yang lalu, pelajar program Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencipta rekod dalam Malaysian Book Of Records melalui program Teromba. Kesemua pelajar ini telah berjaya mencapai impian mereka mengadakan program teromba selama 66 jam 53 minit. Dan ini diperakui sendiri oleh pihak Malaysian Book Of Record yang datang untuk penyerahan sijil berkenaan. Pada akhir program tersebut kebanyakan pelajar letih berbau gembira kerana telah berjaya mengadakan program ini walaupun dalam serba kekurangan. Ucapan tahniah kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Rabu, 5 November 2008

tips kuatkan daya ingatan
ninwen menulis: Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.Awasi Pengambilan UbatDaya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Isnin, 27 Oktober 2008

Pantun untuk adat merisik

Pohonnya rendah dahannya rendah
Bertebar ke bumi buah bidara
Minum sudah sirihpun sudah
Bolehlah kami buka bicara

Rebus laksa lalu disejat
Jangan terkurang letak kuahnya
Kami datang membawa hajat
Hajat orang kami penyampainya

Mengapa pipit terbang rendah
Siraja udang menangkap ikan
Air sudah sirihpun sudah
Hajat apa sila khabarkan

Bulan bintang hendak dipanjat
Tali sabut siap dipintalkan
Kami datang membawa hajat
Hajat disambut lalu diutuskan

Ditengah rimba singgah raja
Berasa gusar membina kota
Bukan hamba datang sahaja
Niat besar tidak terkata

Ada berapa kuntum Melati
Cukupkah dikalungkan
Ada apa niat dihati
Mengapa tidak disampaikan

Ukiran tersusun diatas rusuk
Bunga raya di atas baki
Kedalam rumah sudah saya masuk
Diatas kerusi sudah saya duduki

Penat sudah membajak bendang
Mempelam ranum bekalan kakak
Air manis sudah terhidang
Jemput minum membasah tekak

Ku semai padi penuh sebendang
Selepas sehari-hari membajak
Hari ini saya bertandang
Datang kemari membawa hajat

Jentayu burung di awan
Batu gemala penghias mahkota
Tepak sirih di atas puan
Itulah mula pembuka kata
Label: pantun merisik

Rabu, 22 Oktober 2008

pantun budi

Indah sungguh bila bermimpi
Bagai tidak mahu terjaga
Kita hidup mesti berbudi
Itulah harta paling berharga

Bercabang tiga gununglah daik
Ciptaan Allah Yang Maha Kuasa
Dasar kerajaan amatlah baik
Brbudi bahasa amalan sentiasa

Permainan budak tarik-tarik
Masak-memasak perkara biasa
Menepati janji suatu yang baik
Suatu amalan berbudi bahasa

Keluar awal ke pekan sana
Berhenti sekejap membeli laksa
Bahasa itu apalah makna
Bahasa itu jiwa bangsa

Masam masin manis semua dirasa
Syarat pelengkap masaklah ia
Apakah di sebalik berbudi bahasa
Mengukir senyum itulah ia

Beli ikan nak buat laksa
Terbeli pula seketul halia
Berbudi kita setiap masa
Itu tanda insan mulia

Lawan gembira tentulah derita
Hendaklah kita beringat sentiasa
Biar kita miskin harta
Jangan kita miskin bahasa

Cincin emas bersalut suasa
Tidak terlawan intan permata
Hendaklah kita bertimbang rasa
Pada mereka yang menderita

1 Syawal tarikhnya raya
Setelah sebulan kita berpuasa
Bersopan santunlah di jalan raya
Sebagai tanda berbudi bahasa


Ambil rambutan gunakan tangga
Untuk diberikan kepada ita
Saling mengenali jiran tetangga
Supaya senang sesama kita

Masuk ke hutan memburu rusa
Bila ditangkap sedap isinya
Jika miskin budi bahasa
Apalah guna hidup di dunia

Pagi-pagi makan roti
Ditambah dengan mentega
Berbudi mulakan dari hati
Pasti akan berjaya akhirnya


Masuk hutan meniti titi
Sambil berborak dengan nauhi
Orang yang tua kita hormati
Orang yang muda kita kasihi