Rabu, 22 Julai 2009

sudah lama tak menulis. Rindu pula rasanya. catatan ini saya tulis sekadar suka-suka dan mungkin boleh dikongsi bersama anda semua..

Selembar kasih seuntai rindu
Kutitipkan buat dirimu
Kasih sayang terasa terlalu mahal nilainya
Tidak dapat diganti dengan apa jua
Pabila hati mula berbicara
Lalu bicara selagu irama

Watak 1 : cikgu Nana
Watak 2 : Hisham
Watak 3 : Lela

Cikgu :
Asaalamualaikum semua

Semua pelajar bangun menjawab salam cikgu Nana dan kemudian membaca doa penerang hati. Setelah selesai, pelajar duduk semula dan bersedia untuk menerima pelajaran pada hari itu.

Cikgu
Baiklah sekarang keluarkan buku latihan tatabahasa. Kamu semua dah siapkan belum?

Hisham
Sudah cikgu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Lela yang belum lagi menyiapkan tugasan itu menjadi panas punggung. Ala macam mana ni. Macam manalah aku boleh terlupa siapkannya. Ish rungut lela seorang diri dengan memandang sekeliling. Serba tidak kena duduknya.

Cikgu
Baiklah, sekarang saya nak Hisham pungut semua buku latihan itu dan letak atas meja saya. Sekarang salin nota yang saya nak beri ini dalam buku pemahaman.

Hisham mula memungut buku latihan tersebut dan apabila sampai ke meja Lela, dia terkejut

Hisham
Mana buku latihan kau Lela? Cepatlah keluarkan aku nak hantar dah ni.

Lela
Kot ya pun perlahankanlah suara tu sikit. Nanti cikgu nana dengar mati aku. Aku terlupalah Hisham. Pinjam buku kau kejap boleh tak?

Hisham
Eh mana boleh. Ini tiru namanya

Lela
Ala nanti pandailah aku ubahnya. Ayat aku dengan kau mana sama. Aku ayat power sikit

Hisham
Nah lah. Tapi cepat sikit tau.

Lela
(tersenyum) hehe terima kasih. Aku akan siapkan secepat yang mungkin. Jangan risau ye.

Cikgu nana yang terdengar suara itu berhenti daripada menulis dan memandang ke belakang.

Cikgu Nana
Hisham, Lela apa yang bising-bising kat belakang tu. Ada masalah ke?

Hisham
Sebenarnya tak ada apa-apa. Kami cuma berbincang je.

Lela
Ha.. betul kata Hisham tu cikgu.

Cikgu Nana
Baiklah kali ini saya maafkan kamu. Dah balik ke tempat duduk kamu Hisham.

Hisham yang duduk semula di tempatnya sekejap-kejap memandang ke belakang. Dia takut kalau perkara itu diketahui oleh cikgu nana. Lela yang menyedari hal itu hanya mampu tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus.



Keesokannya ketika pelajaran matematik, seorang pelajar datang ke kelas dan memberitahu bahawa cikgu nana ingin berjumpa dengan hisham dan lela di bilik guru.
Hisham
Matilah kita kali ini. Tu lah aku ras cikgu nana dah tahu yang aku bagi kau tiru latihan tempoh hari. Sekarang macam mana? (hisham mula menjadi risau takut-takut didenda oleh cikgu Nana).

Lela
Mana kau tahu cikgu nana nak jumpa kita pasal lah itu. Entah-entah ada hal lain tak. Aku tak salah. Kau yang bagi aku tiru.

Hisham
Kau ni Lela. Lain kali aku dah tak nak bagi kau tiru buku aku lagi.

Lela
Aku tak kisah pun. Aku pun boleh buat sendiri. Hari itu aku terlupa je.

Hisham
Yelah tu. Dah berapa kali kau asyik terlupa nak siapkan latihan di rumah. Bukan kali ini je

Lela
Cukup-cukup. Aku mengaku bersalah. Janganlah marah. Nanti susah pula aku nak tiru kau.


(bunyi suara muzik lagu
Cikgu Nana
Kamu tahu kenapa cikgu panggil kamu? Hisham, Lela

Hisham
Kami tak tahu cikgu. Ada apa ye cikgu?

Cikgu Nana
Cikgu dah semak buku latihan kamu semalam dan cikgu nak kamu ambil semula buku tu dan pulangkan semula kepada pelajar lain.

Hisham
(terkejut) oh, itu sahaja ke cikgu. Saya ingatkan apa tadi.

Cikgu Nana
Setakat ni itu sahajalah. Cuma saya nak beritahu kamu yang hari guru akan disambut tidak berapa lama lagi. Jadi cikgu nak tugaskan kamu dan Lela untuk mengadakan persembahan pada hari guru itu.

Lela
Tak jadi masalah cikgu. Cikgu nak persembahan yang bagaimana?

Cikgu Nana
Terpulang kepada kamu persembahan apa pun. Cari beberapa orang pelajar lagi untuk membantu kamu ye.

Hisham
Baiklah cikgu. Nanti kami akan cari beberapa pelajar lagi. Rasanya dalam kelas kita pun dah ada yang ingin membuat persembahan.

Cikgu Nana
Baiklah sekarang kamu boleh pulang semula ke kelas. Kalau ada perkembangan beritahu kepada cikgu ye

Lela
Kami minta diri dulu cikgu. Sebarang perkembangan kami akan beritahu pada cikgu.

Hisham dan Lela berlalu ke kelas. Sepanjang perjalanan mereka berbincang persembahan apa yang hendak mereka adakan sempena hari guru nanti. Mereka sudah pun lupa soal peniruan yang dilakukan oleh lela.


2 minggu sudah berlalu. Hari ini sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan. Kelihatan kemeriahan sekolah dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah untuk memberi kegembiraan kepada guru sekolah. Peristiwa seterusnya di belakang pentas.

Hisham
Dengar ini semua. Sudah 2 minggu latihan kita dan hari ini kita akan pertontonkan kepada guru dan pelajar lain. Jadi lakukan sebaik mungkin demi cikgu Nana yang kita sayangi. Boleh semua?

Borhan
Boleh tuan pengarah. Kami akan lakukan yang terbaik dan takkan menghampakan tuan dan cikgu nana.

Lela
Jangan cakap sahaja. Buktikannya nanti. Entah-entah kat sini aje beraninye kat luar nanti menggigil kaki haha. Ketawa lela.

Hisham
Kau ni Lela. Cubalah beri motivasi sikit pada rakan-rakan kita ni.

Lela
Aku bergurau je. Lagipun ini merupakan satu cabaran aku kepada mereka ni ha.

Gram: kedengaran pengumuman pengerusi majlis menjemput persembahan daripada pelajar


Hisham
Dengar tu. Dah sampai giliran kita. Tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Buat seperti yang telah kita latihankan.
Gram : muzik latar mendayu dimainkan.

Masuk seorang guru perempuan ke dalam sebuah kelas.
Semua pelajar bangun memberi salam.

Guru tersebut menulis nota di papan hitam.
Dua orang relajar sedang duduk di belakang dan bersembang.

Cikgu : samad, apa yang kamu buat itu? Duduk di tempat kamu sekarang.

Samad
Tiada apa –apa cikgu. Saya sedang berbincang dengan aminah ini.

Aminah
Yelah cikgu. Betul kata samad itu.

Cikgu
Baiklah kali ini cikgu maafkan kamu berdua. Lain kali ingat tiada peluang kedua buat kamu. Mengerti kamu?

Iye cikgu. Samad dan aminah menjawab serentak.

Sejurus selepas cikgu keluar.
Samad
Itu lah kau kan dah kena marah dengan cikgu tadi. Kau lah punya pasal ni.

Aminah
Kenapa aku pula yang bersalah. Kali ni je aku tiru engkau. Lain kali aku tak tiru lagi ye. (pujuk Aminah)

Samad
Aku bukan apa aku rasa bersalah sebab menipu cikgu tadi. Engkau rasa macam mana?

Aminah
Aku pun begitu juga. Aku janji aku takkan tipu cikgu dan tiru buku kau lagi. Mulai hari ini aku akan membuat latihan sendiri. Tapi kau boleh bantu aku kan kalau aku tak faham nanti.

Samad
Tak jadi masalah. Baguslah kalau kau dah sedar. Aku rasa baik kita pergi jumpa cikgu dan minta maaf dengan beliau. Nanti tak berkat ilmu kita.

Aminah dan samad beriringan menuju ke bilik guru untuk meminta maaf dengan cikgu seri.

Semua guru dan pelajar terpegun melihat drama itu tadi dan kemudian apabila tirai ditutup barulah mereka sedar kembali dan memberi tepukan yang amat gemuruh. Cikgu nana pergi mendapatkan kumpulan pelajarnya dan mengucapkan tahniah.

Hisham
Cikgu sebenarnya saya nak minta maaf daripada cikgu. Tempoh hari kami dah menipu cikgu.

Lela
Betul tu cikgu. Saya pun nak minta maaf cikgu. Sebab sayalah hisham menipu cikgu. Sebenarnya saya meniru buku latihan hisham itu hari.

Cikgu nana
Oh, jadi drama tadi ada kaitan dengan diri cikgu lah ye.


Hisham
Ye cikgu. Kami tak berani nak berterus terang. Dengan cara ni sahajalah kami rasa kami dapat meminta maaf daripada cikgu.

Lela
Maafkan kami ye cikgu. Saya janji saya takkan meniru lagi.

Cikgu nana
Baiklah. Memandangkan kamu dah membanggakan cikgu hari ini cikgu akan maafkan kamu berdua. Lain kali jangan buat lagi tau. Berdosa kalau menipu dan kamu lela kamu boleh jadi pelajar yang baik asalkan kamu rajin. Satu lagi cikgu akan belanja kamu makan hari ini.

Hisham
Betul ke cikgu. Seronoknya. Cepatlah cikgu

Lela
Kamu ni Hisham asal makan je tak sempat-sempat.
Semua pelajar yang ada di situ termasuklah cikgu nana ketawa dengan gelagat Hisham itu.
DEKLAMASI SAJAK A.SAMAD SAID
-tamat-