Jumaat, 30 Oktober 2009


Salam kepada semua,
Peperiksaan akhir semester dah hampir tiba. Semoga saya serta anda juga akan dapat menjawabnya dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ingin saya mengingatkan diri sendiri dan anda agar terus berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang anda idamkan. Namun, sekiranya anda gagal, bukan bermakna anda selamanya gagal tetapi pastinya itu sudah dirancang untuk anda. Jadi bersyukurlah apabila memperoleh keputusan. Ingatlah usaha itu tangga kejayaan. Berkali-kali mengalami kegagalan lebih baik untuk mendapat satu kejayaan kerana kita akan dapat merasa kemanisan di sebaliknya. Sekian. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua sahabat sastera melayu semester 7 dan kepada semua yang membaca ruangan ini. Semoga anda semua diberi kesihatan yang baik serta ketenangan fikiran oleh Nya sepanjang tempoh peperiksaan. Mintalah doa dan restu daripada mak dan ayah kerana doa merekalah yang terbaik untuk kita.

Ahad, 13 September 2009

ramadhan kian berakhir

Sedar tak sedar dah dekat sepurnama kita umat islam menunaikan puasa. Pejam celik pejam celikdah 22 hari puasa. Sungguh cepat masa berlalu. Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan ini semoga kita semua saling bermaaf-maafan. Yang keruh kita jernihkan, yang bersimpul kita leraikan. Semoga dengan bermaafan akan menjadi hambaNya yang mendapat keredhaan. Tidak guna berselisih faham sesama kita kerana ia hanya akan merugikan. Ingatlah kita semua ciptaan yang dikurniakan akal fikiran berbanding makhluk lain tetapi kita bukannya sempurna. Semestinya kita melakukan kesilapan dan kerana itulah perlu adanya sifat saling bermaaf-maafan sesama kita. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga persahabatan akan menjadi suatu ikatan silaturrahim yang sejati.

Hayatilah puisi yang saya karang.

RAMADHAN TIBA LAGI

Berakhir sudah bulan syaaban
Dimulai pula dengan awal ramadhan
Bulan yang ditunggu-tunggu dengan kesabaran
Menyambutnya dengan keinsafan

Ramadhan tiba lagi.
bulan yang penuh dengan keberkatan
ditutup pintu neraka
dibuka pintu syurga seluasnya
mengerjakan yang baik
banyak ganjaran pahalanya

Ramadhan tiba lagi
Menahan lapar dan dahaga
Serta deria yang ada daripada perkara
Yang boleh menyusutkan pahala puasa
Umpat dan keji mula dilupa
Saling bertukar juadah menjadi budaya
Pabila tiba waktu senja


Selasa, 8 September 2009

imbauan kisah semalam

Sepanjang aku berada di UPSI, pelbagai aktiviti aku lalui. Semuanya dilakukan demi minatku terhadap dunia mendeklamasi puisi. Masih ku ingat saat aku mempersembahkan sebuah puisi di pwtc sempena pesta buku antarabangsa. Perasaan aku di kala itu gembira dan juga sedikit takut maklumlah aku seorang sahaja di atas pentas. Sebelum ini aku di atas pentas dengan ditemani oleh kawan-kawan seperti Huda, Izwan, Nicole, dan Anis. Itu setahun yang lepas sewaktu aku bersama kawan-kawanku itu membuat persembahan yang bertajuk ilmu, amal dan apa entah. Aku dah tak ingat tapi itu bukan hasil karyaku tapi hasil karya Aniza Binti Wahit, salah seorang kawan yang selalu bersama. Memang ini merupakan pengalaman aku membuat persembahan di luar seorang diri. Bersama ini aku sertakan puisi yang telah aku deklamasikan dengan penuh perasaan huhu. Hasil karya Nik Mira Izyanie atau Kak long.

Tajuk :Jangan datang lagi
Aku bangkit lagi
Seperti hari-hari lain
Capai tuala terus ke telaga
Bersihkan diri

Aku bangun lagi
Seperti hari-hari lalu
Tersemat semangat yang satu
Pimpin kurang tujuh, seratus
Pucuk-pucuk harapan
Di daerah terpencil ini

Diri aku bersama terbitnya mentari
Tancapkan tiang-tiang ilmu
Suburkan kehidupan baru
Kuburkan kesedihan yang mahal itu


Hari-hari ku dodoikan mereka
Makin lama makin mendalam laguku
Redha sahaja yang sudah pergi
Kita di sini teruslah bernafas
Moga cantik langkah kita ke sana

Biar papa kedana
Walau sebatang kara
Mereka anak-anak yang bijak

Bacalah....mereka semua membaca
Tulislah....mereka semua menulis
Hitunglah .....mereka semua menghitung
Nyanyilah...mereka semua menyanyi

Kemudian ku sedar
seorang anak diam membatu
tidak membaca
tidak menulis
tidak menghitung
tidak menyanyi

perlahan-lahan ku rapati
air matanya deras membasahi pipi
ku sapa lembut
anak itu terus dakapku
esak tangisnya jelas kedengaran
tutur anak itu
hari inilah tanggalnya
bisa ia tak datang lagi?
ku rindu ummi dan ayah
tak mahu hilang cikgu pula

kutenangkan anak itu
pujuknya baca, tulis, hitung dan nyanyi
sambil memohon padaMu
jangan ia datang lagi

Ahad, 9 Ogos 2009

29 Julai 2009
Pukul 5 pagi, aku berasa sangat terkejut. Perasaan yang aku alami sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Bukannya aku terkejut dengan nyalaan lampu bilik air oleh kawanku, Khadijah tetapi disebabkan perkara yang bukan sahaja menimbulkan kerisauan kepada diriku malah mayarakat di seluruh dunia. Influenza H1N1 telah menular di sini,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut mesej daripada kawanku, Siti Hajar dikatakan semua pelajar dikuarantin melalui hari ini dan akan diberitahu kelak. Semua kelas juga dibatalkan dan pelajar diminta duduk di rumah masing-masing dan tidak pergi ke mana-mana. Baru beberapa hari lepas sudah terpampang di dada akhbar menyatakan penutupan beberapa institusi pengajian tinggi disebabkan wabak penyakit ini. Kusangkakan Universiti di Tanjong Malim ini tidak akan mengalami keadaan buruk yang sama namun semuanya sudah ditentukan. Ku berdoa agar keadaan ini tidak akan berlanjutan kerana ia akan membawa kesan buruk kepada semua. Gerun aku apabila membaca di akhbar bahawa setakat ini sudah 3 kematian dilaporkan akibat penyakit ini. Mudah-mudahan penyakit yang berupa satu peringatan ini tidak akan berlanjutan dalam tempoh yang lama.amin.

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).
2.Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.3.Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
4.Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya.Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).
Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.Ambil langkah-langkah berikut:
*jika anda batuk atau bersin:
-lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
- buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.
- basuh tangan dengan sa bun dan air bersih.
* Amalkan kebersihan diri.
-basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan lawatan ke luar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi atau swine flu ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Orang ramai boleh juga melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my untuk maklumat terkini.
Technorati Tags: selesema babi, swine flu, wabak, malaysia, kementerian kesihatan, mexico, virus

p/s maklumat ini saya ambil daripada sebuah laman blog iaitu
http://blog.azhad.com/2009/04/selesema-babi-atau-swine-influenza.htmlsekadar untuk berkongsi maklumat.

Rabu, 22 Julai 2009

sudah lama tak menulis. Rindu pula rasanya. catatan ini saya tulis sekadar suka-suka dan mungkin boleh dikongsi bersama anda semua..

Selembar kasih seuntai rindu
Kutitipkan buat dirimu
Kasih sayang terasa terlalu mahal nilainya
Tidak dapat diganti dengan apa jua
Pabila hati mula berbicara
Lalu bicara selagu irama

Watak 1 : cikgu Nana
Watak 2 : Hisham
Watak 3 : Lela

Cikgu :
Asaalamualaikum semua

Semua pelajar bangun menjawab salam cikgu Nana dan kemudian membaca doa penerang hati. Setelah selesai, pelajar duduk semula dan bersedia untuk menerima pelajaran pada hari itu.

Cikgu
Baiklah sekarang keluarkan buku latihan tatabahasa. Kamu semua dah siapkan belum?

Hisham
Sudah cikgu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Lela yang belum lagi menyiapkan tugasan itu menjadi panas punggung. Ala macam mana ni. Macam manalah aku boleh terlupa siapkannya. Ish rungut lela seorang diri dengan memandang sekeliling. Serba tidak kena duduknya.

Cikgu
Baiklah, sekarang saya nak Hisham pungut semua buku latihan itu dan letak atas meja saya. Sekarang salin nota yang saya nak beri ini dalam buku pemahaman.

Hisham mula memungut buku latihan tersebut dan apabila sampai ke meja Lela, dia terkejut

Hisham
Mana buku latihan kau Lela? Cepatlah keluarkan aku nak hantar dah ni.

Lela
Kot ya pun perlahankanlah suara tu sikit. Nanti cikgu nana dengar mati aku. Aku terlupalah Hisham. Pinjam buku kau kejap boleh tak?

Hisham
Eh mana boleh. Ini tiru namanya

Lela
Ala nanti pandailah aku ubahnya. Ayat aku dengan kau mana sama. Aku ayat power sikit

Hisham
Nah lah. Tapi cepat sikit tau.

Lela
(tersenyum) hehe terima kasih. Aku akan siapkan secepat yang mungkin. Jangan risau ye.

Cikgu nana yang terdengar suara itu berhenti daripada menulis dan memandang ke belakang.

Cikgu Nana
Hisham, Lela apa yang bising-bising kat belakang tu. Ada masalah ke?

Hisham
Sebenarnya tak ada apa-apa. Kami cuma berbincang je.

Lela
Ha.. betul kata Hisham tu cikgu.

Cikgu Nana
Baiklah kali ini saya maafkan kamu. Dah balik ke tempat duduk kamu Hisham.

Hisham yang duduk semula di tempatnya sekejap-kejap memandang ke belakang. Dia takut kalau perkara itu diketahui oleh cikgu nana. Lela yang menyedari hal itu hanya mampu tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus.



Keesokannya ketika pelajaran matematik, seorang pelajar datang ke kelas dan memberitahu bahawa cikgu nana ingin berjumpa dengan hisham dan lela di bilik guru.
Hisham
Matilah kita kali ini. Tu lah aku ras cikgu nana dah tahu yang aku bagi kau tiru latihan tempoh hari. Sekarang macam mana? (hisham mula menjadi risau takut-takut didenda oleh cikgu Nana).

Lela
Mana kau tahu cikgu nana nak jumpa kita pasal lah itu. Entah-entah ada hal lain tak. Aku tak salah. Kau yang bagi aku tiru.

Hisham
Kau ni Lela. Lain kali aku dah tak nak bagi kau tiru buku aku lagi.

Lela
Aku tak kisah pun. Aku pun boleh buat sendiri. Hari itu aku terlupa je.

Hisham
Yelah tu. Dah berapa kali kau asyik terlupa nak siapkan latihan di rumah. Bukan kali ini je

Lela
Cukup-cukup. Aku mengaku bersalah. Janganlah marah. Nanti susah pula aku nak tiru kau.


(bunyi suara muzik lagu
Cikgu Nana
Kamu tahu kenapa cikgu panggil kamu? Hisham, Lela

Hisham
Kami tak tahu cikgu. Ada apa ye cikgu?

Cikgu Nana
Cikgu dah semak buku latihan kamu semalam dan cikgu nak kamu ambil semula buku tu dan pulangkan semula kepada pelajar lain.

Hisham
(terkejut) oh, itu sahaja ke cikgu. Saya ingatkan apa tadi.

Cikgu Nana
Setakat ni itu sahajalah. Cuma saya nak beritahu kamu yang hari guru akan disambut tidak berapa lama lagi. Jadi cikgu nak tugaskan kamu dan Lela untuk mengadakan persembahan pada hari guru itu.

Lela
Tak jadi masalah cikgu. Cikgu nak persembahan yang bagaimana?

Cikgu Nana
Terpulang kepada kamu persembahan apa pun. Cari beberapa orang pelajar lagi untuk membantu kamu ye.

Hisham
Baiklah cikgu. Nanti kami akan cari beberapa pelajar lagi. Rasanya dalam kelas kita pun dah ada yang ingin membuat persembahan.

Cikgu Nana
Baiklah sekarang kamu boleh pulang semula ke kelas. Kalau ada perkembangan beritahu kepada cikgu ye

Lela
Kami minta diri dulu cikgu. Sebarang perkembangan kami akan beritahu pada cikgu.

Hisham dan Lela berlalu ke kelas. Sepanjang perjalanan mereka berbincang persembahan apa yang hendak mereka adakan sempena hari guru nanti. Mereka sudah pun lupa soal peniruan yang dilakukan oleh lela.


2 minggu sudah berlalu. Hari ini sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan. Kelihatan kemeriahan sekolah dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah untuk memberi kegembiraan kepada guru sekolah. Peristiwa seterusnya di belakang pentas.

Hisham
Dengar ini semua. Sudah 2 minggu latihan kita dan hari ini kita akan pertontonkan kepada guru dan pelajar lain. Jadi lakukan sebaik mungkin demi cikgu Nana yang kita sayangi. Boleh semua?

Borhan
Boleh tuan pengarah. Kami akan lakukan yang terbaik dan takkan menghampakan tuan dan cikgu nana.

Lela
Jangan cakap sahaja. Buktikannya nanti. Entah-entah kat sini aje beraninye kat luar nanti menggigil kaki haha. Ketawa lela.

Hisham
Kau ni Lela. Cubalah beri motivasi sikit pada rakan-rakan kita ni.

Lela
Aku bergurau je. Lagipun ini merupakan satu cabaran aku kepada mereka ni ha.

Gram: kedengaran pengumuman pengerusi majlis menjemput persembahan daripada pelajar


Hisham
Dengar tu. Dah sampai giliran kita. Tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Buat seperti yang telah kita latihankan.
Gram : muzik latar mendayu dimainkan.

Masuk seorang guru perempuan ke dalam sebuah kelas.
Semua pelajar bangun memberi salam.

Guru tersebut menulis nota di papan hitam.
Dua orang relajar sedang duduk di belakang dan bersembang.

Cikgu : samad, apa yang kamu buat itu? Duduk di tempat kamu sekarang.

Samad
Tiada apa –apa cikgu. Saya sedang berbincang dengan aminah ini.

Aminah
Yelah cikgu. Betul kata samad itu.

Cikgu
Baiklah kali ini cikgu maafkan kamu berdua. Lain kali ingat tiada peluang kedua buat kamu. Mengerti kamu?

Iye cikgu. Samad dan aminah menjawab serentak.

Sejurus selepas cikgu keluar.
Samad
Itu lah kau kan dah kena marah dengan cikgu tadi. Kau lah punya pasal ni.

Aminah
Kenapa aku pula yang bersalah. Kali ni je aku tiru engkau. Lain kali aku tak tiru lagi ye. (pujuk Aminah)

Samad
Aku bukan apa aku rasa bersalah sebab menipu cikgu tadi. Engkau rasa macam mana?

Aminah
Aku pun begitu juga. Aku janji aku takkan tipu cikgu dan tiru buku kau lagi. Mulai hari ini aku akan membuat latihan sendiri. Tapi kau boleh bantu aku kan kalau aku tak faham nanti.

Samad
Tak jadi masalah. Baguslah kalau kau dah sedar. Aku rasa baik kita pergi jumpa cikgu dan minta maaf dengan beliau. Nanti tak berkat ilmu kita.

Aminah dan samad beriringan menuju ke bilik guru untuk meminta maaf dengan cikgu seri.

Semua guru dan pelajar terpegun melihat drama itu tadi dan kemudian apabila tirai ditutup barulah mereka sedar kembali dan memberi tepukan yang amat gemuruh. Cikgu nana pergi mendapatkan kumpulan pelajarnya dan mengucapkan tahniah.

Hisham
Cikgu sebenarnya saya nak minta maaf daripada cikgu. Tempoh hari kami dah menipu cikgu.

Lela
Betul tu cikgu. Saya pun nak minta maaf cikgu. Sebab sayalah hisham menipu cikgu. Sebenarnya saya meniru buku latihan hisham itu hari.

Cikgu nana
Oh, jadi drama tadi ada kaitan dengan diri cikgu lah ye.


Hisham
Ye cikgu. Kami tak berani nak berterus terang. Dengan cara ni sahajalah kami rasa kami dapat meminta maaf daripada cikgu.

Lela
Maafkan kami ye cikgu. Saya janji saya takkan meniru lagi.

Cikgu nana
Baiklah. Memandangkan kamu dah membanggakan cikgu hari ini cikgu akan maafkan kamu berdua. Lain kali jangan buat lagi tau. Berdosa kalau menipu dan kamu lela kamu boleh jadi pelajar yang baik asalkan kamu rajin. Satu lagi cikgu akan belanja kamu makan hari ini.

Hisham
Betul ke cikgu. Seronoknya. Cepatlah cikgu

Lela
Kamu ni Hisham asal makan je tak sempat-sempat.
Semua pelajar yang ada di situ termasuklah cikgu nana ketawa dengan gelagat Hisham itu.
DEKLAMASI SAJAK A.SAMAD SAID
-tamat-

Jumaat, 6 Mac 2009

MALAM APRESIASI PUISI


Pada 4 Mac 2009 bertempat di Auditorium Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diadakan satu majlis untuk Palestin dengan nama ‘Malam Apresiasi Puisi Untuk Palestin’. Majlis ini telah dihadiri oleh VVIP misalnya Naib Canselor UPSI iaitu Yang Berbahagia Dr Aminah Ayob, Dato seri Isa bin Samad serta barisan kehormat yang lain. Program ini dilaksanakan atas kerjasama Fakulti Bahasa khususnya Jabatan Kesusasteraan Melayu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Murid(HEP), Persatuan Mahasiswa Persuratan Melayu dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP).
Pada malam tersebut sebuah buku antologi puisi kemanusiaan telah dilancarkan. Antologi puisi kemanusiaan ii berjudul ‘wahai api jadilah dingin jadilah embun’ memuatkan 250 buah sajak karya penyair-penyair tanah air, pensyarah UPSI, penyajak dalam kalangan pelajar program pendidikan kesusasteraan melayu upsi dan peminat sastera. Menurut A.Halim Ali pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa, UPSI yang juga penyelenggara buku ini, ‘antologi wahai api jadilah embun jadilah dingin’ tertumpu kepada kezaliman, penderitaan, kemusnahan akibat peperangan, harapan dan persaudaraan. Ia suatu penyataan rasa sedih, simpati, penyataan harapan dan kemanusiaan yang sangat murni. Pada malam ini juga telah diadakan satu kutipan derma untuk diserahkan kepada rakyat palestin. Malam tersebut diserikan dengan beberapa persembahan daripada wakil VVIP, pensyarah, pelajar sekolah, dan mahasiswa UPSI. Di bawah ini saya ada sertakan contoh puisi yang dimuatkan dalam buku antologi puisi ‘wahai api jadilah dingin jadilah embun’.

DI SEBALIK PEPERANGAN

Peperangan, kezaliman, kesengsaraan
Semuanya menjadi satu
Pabila sudah tiada rasa sesama insan
Salah siapa?
Anak-anak kecil yang tidak berdosa
Menjadi mangsa kezaliman
Dek kemarahan tanpa fikir akal
Tiada kewarasan
Pembunuhan dan kehancuran
Asalkan tercapai apa yang dicita-cita
Tidak sedarkah mereka
Tiada matakah mereka
Tiada telingakah mereka
Melihat, mendengar ratap tangis
Jeritan yang tiada henti

Ratap, tangis tiada guna lagi
Untuk siapa semuanya?
Si anak tidak akan pulang
Biar berkali air mata menitis ke bumi
Anak tetap tidak akan kembali
Hanya doa mampu diberi
Buat anak yang tidak berdosa


inilah contoh buku kelolaan En. Halim Ali, Pensyarah Kesusasteraan Melayu,Fakulti Bahasa, UPSI.