Rabu, 22 Oktober 2008

pantun budi

Indah sungguh bila bermimpi
Bagai tidak mahu terjaga
Kita hidup mesti berbudi
Itulah harta paling berharga

Bercabang tiga gununglah daik
Ciptaan Allah Yang Maha Kuasa
Dasar kerajaan amatlah baik
Brbudi bahasa amalan sentiasa

Permainan budak tarik-tarik
Masak-memasak perkara biasa
Menepati janji suatu yang baik
Suatu amalan berbudi bahasa

Keluar awal ke pekan sana
Berhenti sekejap membeli laksa
Bahasa itu apalah makna
Bahasa itu jiwa bangsa

Masam masin manis semua dirasa
Syarat pelengkap masaklah ia
Apakah di sebalik berbudi bahasa
Mengukir senyum itulah ia

Beli ikan nak buat laksa
Terbeli pula seketul halia
Berbudi kita setiap masa
Itu tanda insan mulia

Lawan gembira tentulah derita
Hendaklah kita beringat sentiasa
Biar kita miskin harta
Jangan kita miskin bahasa

Cincin emas bersalut suasa
Tidak terlawan intan permata
Hendaklah kita bertimbang rasa
Pada mereka yang menderita

1 Syawal tarikhnya raya
Setelah sebulan kita berpuasa
Bersopan santunlah di jalan raya
Sebagai tanda berbudi bahasa


Ambil rambutan gunakan tangga
Untuk diberikan kepada ita
Saling mengenali jiran tetangga
Supaya senang sesama kita

Masuk ke hutan memburu rusa
Bila ditangkap sedap isinya
Jika miskin budi bahasa
Apalah guna hidup di dunia

Pagi-pagi makan roti
Ditambah dengan mentega
Berbudi mulakan dari hati
Pasti akan berjaya akhirnya


Masuk hutan meniti titi
Sambil berborak dengan nauhi
Orang yang tua kita hormati
Orang yang muda kita kasihi

Tiada ulasan: